Jumaat, Februari 12, 2010
Kacip Fatimah- Labisia pumila
Nama Tempatan: Kacip Fatimah
Nama Lain: Akar Fatimah, Selusuh Fartimah
Nama Saintifik: Labisia pumila
Famili: Myrsinaceae
Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh liar di kawasan hutan yang redup.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada batang, berbentuk bujur memanjang, bergerigi halus dengan bahagian hujung yang runcing,
Bunga jenis majmuk, kecil, jambak bunga berwarna putih atau merah jambu.
Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa mudan dan bertukar merah apabila masak.
Kegunaan dan khasiat:
-Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini yang telah dikeringkan diminum untuk ibu mengadung dan ibu selepas bersalin agar dapat merawat masalah angin dalam perut, masalah haid, buasir dan sakit dalam tulang.
Rabu, Februari 10, 2010
Terung Pipit
Nama Tempatan: Terung Pipit
Nama Lain: Terung Manggul, Terung Rembang
Nama Saintifik: Solanum torvum
Keluarga: Solanaceae
Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang tumbuh liar di kawasan terbuka dan boleh mencapai ketinggian tiga meter. Batang berkasyu liat, berdahan banyak dan berduri tajam.
Daunnya tunggal, terletak berselang seli, berduri pada urat tengah, kesat, berwarna hijau tua kekelabuan.
Bunganya kecil, berjambak, berwarna putih.
Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau tua bertukar hitam apabila masak dan mengandungi banyak biji-biji kecil.
Kegunaan dan khasiat:
-Buahnya dijadikan bahan penyedap rasa dalam masakan.
-Buahnya dicelur dan dibuat ulam.
Langgan:
Catatan (Atom)