Jumaat, Februari 12, 2010
Kacip Fatimah- Labisia pumila
Nama Tempatan: Kacip Fatimah
Nama Lain: Akar Fatimah, Selusuh Fartimah
Nama Saintifik: Labisia pumila
Famili: Myrsinaceae
Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh liar di kawasan hutan yang redup.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada batang, berbentuk bujur memanjang, bergerigi halus dengan bahagian hujung yang runcing,
Bunga jenis majmuk, kecil, jambak bunga berwarna putih atau merah jambu.
Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa mudan dan bertukar merah apabila masak.
Kegunaan dan khasiat:
-Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini yang telah dikeringkan diminum untuk ibu mengadung dan ibu selepas bersalin agar dapat merawat masalah angin dalam perut, masalah haid, buasir dan sakit dalam tulang.
Rabu, Februari 10, 2010
Terung Pipit
Nama Tempatan: Terung Pipit
Nama Lain: Terung Manggul, Terung Rembang
Nama Saintifik: Solanum torvum
Keluarga: Solanaceae
Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang tumbuh liar di kawasan terbuka dan boleh mencapai ketinggian tiga meter. Batang berkasyu liat, berdahan banyak dan berduri tajam.
Daunnya tunggal, terletak berselang seli, berduri pada urat tengah, kesat, berwarna hijau tua kekelabuan.
Bunganya kecil, berjambak, berwarna putih.
Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau tua bertukar hitam apabila masak dan mengandungi banyak biji-biji kecil.
Kegunaan dan khasiat:
-Buahnya dijadikan bahan penyedap rasa dalam masakan.
-Buahnya dicelur dan dibuat ulam.
Jumaat, Januari 29, 2010
Tutup Bumi Rimba
Nama Tempatan: Tutup Bumi Rimba
Nama Lain: Meroyan Punai Tanah, Punai Tunggal, Punai Tanah
Nama Saintifik: Acrotrema costatum
Famili: Dilleniaceae
Tutup bumi rimba adalah sejenis tumbuhan herba yang boleh ditemui di kawasan hutan. Pokok ini kecil, berbatang pendek dan ketinggian sekitar 15 centimeter.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan berpusaran pada batang. Daunnya besar, tebal, kasar, mempunyai bulu putih dan bergerigi di bahagian tepi daun.
Bunganya jenis majmuk, keluar dihujung atas batang dan berwarna kuning.
Kegunaan:
-Air rebusan akarnya diminum oleh kaum lelaki untuk merawat sakit pinggang.
-Air rebusan akarnya diminum oleh kaum wanita untuk merawat haid tidak terator.
-Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk mengelakkan meroyan di kalangan wanita selepas bersalin.
Embun Tengahari
Nama Tempatan: Embun Tengahari
Nama Lain:
Nama Saintifik: Murdannia nudiflora
Famili: Commelinaceae
Embun tengahari adalah sejenis tumbuhan herba berumpun yang menyerupai rumput yang tumbuh liar di kawasan tanah lapang dan pinggir belukar. Tumbuhan ini mempunyai batang yang menjalar.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan berselang seli, berbentuk bujur telur memanjang, membalut pada batang yang berwarna hijau.
Bunganya kecil jenis majmuk dan berwarna ungu atau biru.
Kegunaan:
-Daunnya dilumatkan dan ditampal pada luka untuk merawat luka.
Akar Seratus
Nama Tempatan: Akar Seratus
Nama Lain: Nyior Lembah, Bujang Hilir
Nama Saintifik: Peliosanthes teta
Famili: Convallariaceae
Akar seratus adalah sejenis tumbuhan herba berumpun yang tidak berbatang dan tumbuh liar di kawasan hutan.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada pangkal batang, berbentuk bujur memanjang, dengan bahagian hujung yang tajam. Daun keluar dari pangkal batang, urat daun yang memanjang jelas kelihatan dan berwarna hijau tua.
Bunganya jenis majmuk, jambak bunga keluar dari tangkai yang panjang berwarna hijau.
Buahnya berjambak, berbentuk bujur dan berwarna hijau.
Kegunaan:
-Air rebusan akarnya diminum untuk merawat tenaga batin dan ubat periuk untuk ibu selepas bersalin.
Isnin, Ogos 10, 2009
pengenalan Serasi Lestari Rimba
Serasi Lestari Rimba Enterprise adalah sebuah nuseri yang khusus membiak dan menjual pelbagai jenis tanaman herba. Nuseri ini telah mula dibuka pada tahun 2004.
Di sini terdapat lebih dari tiga ratus jenis tumbuhan herba yang disemai di dalam polybag untuk dibeli peminat herba.
Pada masa kini, nuseri ini telah mendapat sambutan mengalakkan dari peminat herba dari seluruh negara, sekolah-sekolah, kontraktor landskap, pihak swasta dan jabatan kerajaan.
Selain tumbuhan herba, Serasi Lestari Rimba enterprise juga menyediakan pelbagai jenis pokok buah-buahan termasuk buah-buahan nadir.
Disamping itu juga nuseri ini juga menyediakan pelbagai jenis pokok-pokok hutan.
Di sini terdapat lebih dari tiga ratus jenis tumbuhan herba yang disemai di dalam polybag untuk dibeli peminat herba.
Pada masa kini, nuseri ini telah mendapat sambutan mengalakkan dari peminat herba dari seluruh negara, sekolah-sekolah, kontraktor landskap, pihak swasta dan jabatan kerajaan.
Selain tumbuhan herba, Serasi Lestari Rimba enterprise juga menyediakan pelbagai jenis pokok buah-buahan termasuk buah-buahan nadir.
Disamping itu juga nuseri ini juga menyediakan pelbagai jenis pokok-pokok hutan.
Langgan:
Catatan (Atom)