Jumaat, Januari 29, 2010

Tutup Bumi Rimba







Nama Tempatan: Tutup Bumi Rimba
Nama Lain: Meroyan Punai Tanah, Punai Tunggal, Punai Tanah
Nama Saintifik: Acrotrema costatum
Famili: Dilleniaceae


Tutup bumi rimba adalah sejenis tumbuhan herba yang boleh ditemui di kawasan hutan. Pokok ini kecil, berbatang pendek dan ketinggian sekitar 15 centimeter.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan berpusaran pada batang. Daunnya besar, tebal, kasar, mempunyai bulu putih dan bergerigi di bahagian tepi daun.
Bunganya jenis majmuk, keluar dihujung atas batang dan berwarna kuning.

Kegunaan:
-Air rebusan akarnya diminum oleh kaum lelaki untuk merawat sakit pinggang.
-Air rebusan akarnya diminum oleh kaum wanita untuk merawat haid tidak terator.
-Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk mengelakkan meroyan di kalangan wanita selepas bersalin.

Embun Tengahari






Nama Tempatan: Embun Tengahari
Nama Lain:
Nama Saintifik: Murdannia nudiflora
Famili: Commelinaceae

Embun tengahari adalah sejenis tumbuhan herba berumpun yang menyerupai rumput yang tumbuh liar di kawasan tanah lapang dan pinggir belukar. Tumbuhan ini mempunyai batang yang menjalar.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan berselang seli, berbentuk bujur telur memanjang, membalut pada batang yang berwarna hijau.
Bunganya kecil jenis majmuk dan berwarna ungu atau biru.

Kegunaan:
-Daunnya dilumatkan dan ditampal pada luka untuk merawat luka.

Akar Seratus






Nama Tempatan: Akar Seratus
Nama Lain: Nyior Lembah, Bujang Hilir
Nama Saintifik: Peliosanthes teta
Famili: Convallariaceae

Akar seratus adalah sejenis tumbuhan herba berumpun yang tidak berbatang dan tumbuh liar di kawasan hutan.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada pangkal batang, berbentuk bujur memanjang, dengan bahagian hujung yang tajam. Daun keluar dari pangkal batang, urat daun yang memanjang jelas kelihatan dan berwarna hijau tua.
Bunganya jenis majmuk, jambak bunga keluar dari tangkai yang panjang berwarna hijau.
Buahnya berjambak, berbentuk bujur dan berwarna hijau.

Kegunaan:
-Air rebusan akarnya diminum untuk merawat tenaga batin dan ubat periuk untuk ibu selepas bersalin.